Thursday, 3 December 2015

Sains Pemikran & Etika (SGDN 1043)











MASALAH PENGURUSAN MASA OLEH PELAJAR.

Masalah yang dihadapi oleh saya sebagai seorang pelajar adalah berkaitan dengan pengurusan masa. Tanpa masa cukup, saya gagal menyelesaikan sesuatu tugas dalam masa yang ditetapkan. Waktu tidur juga terganggu menyebabkan saya menjadi seorang yang lesu, tidak bermaya dan kurang berkeyakinan.


Bukan sahaja tugasan yang perlu diberi perhatian malah saya juga perlu kuasai banyak subjek untuk peperiksaan akhir dalam masa yang singkat untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Jadi, tanpa pengurusan masa yang berkesan saya tidak akan mampu menyiapkan segala tugasan  dan tidak mampu belajar sesuatu dengan baik.


TEORI PENGURUSAN MASA.

Pengurusan masa didefinisikan sebagai proses merancang, mengatur dan memperuntukkan masa bagi melaksanakan sesuatu tugas agar dapat membuahkan hasil yang berkualiti. Pengertian masa dari bahasa ialah waktu,zaman, saat dan detik. Dari segi istilah pula masa bermakna suatu waktu yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Setiap manusia mempunyai 24 jam sehari untuk melaksanakan semua tanggungjawab termasuklah solat, makan, tidur.
Pengurusan masa amatlah penting bagi seseorang dalam pelbagai aspek. Di dalam Al-quran juga ada menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

(Surah Al-Asr: Ayat 1 - 3)




CARA PENYELESAIAN.


Antara jalan penyelesaian yang boleh saya ambil untuk memastikan pengurusan masa saya dengan efisyen adalah:

  •  Jangan suka menagguhkan kerja.
  • Masa tidur yang cukup.
  • Mempunyai senarai tugas harian.
  • Hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan (fokus).
  • Memperuntukkan masa riadah dan bersenam.
  • Kurangkan aktiviti hiburan / jauhi perkara sia – sia.



Apa yang dapat saya simpulkan disini, pengurusan masa bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi dalam diri seseorang. Setiap individu berhadapan dengan pengabaian kepentingan masa sehingga memberi tekanan dan mendatangkan penyakit. Contohnya ganguan insomnia. Hanya dengan pengurusan masa yang berkesan barulah kita dapat memanfaatkan kehidupan dengan lebih baik dan sejahtera. Negara Jepun mislanya mempunyai budaya yang sangat mementingkan masa dalam kehidupan seharian mereka dengan sebab itulah mereka lebih maju dan berdaya saing. Oleh itu, setiap individu termasuklah saya perlu bijak membahagikan masa dengan baik terutamanya sebagai seorang mahasiswa yang medokong cita – cita dan harapan keluarga.





No comments:

Post a Comment