Penting ke tidak??hmm, lets check it
out!
Secara umumnya, ilmu merupakan suatu
perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Ilmu adalah harta yang kita
miliki sampai bila-bila. Ilmu itu kita tuntut dari kecil sehingga kini. Dari tadika
ke sekolah rendah, masuk pula sekolah menengah, sambung di peringkat diploma kemudian
ijazah, master dan seterusnya jika menginginkannya. Malah, warga tua pun masih
ada yang menyambung pelajaran. Senang cerita ilmu ni tidak akan putus selagi
dituntut.
Faktor usia jadi penghalang ke? ‘Perempuan
bujang sibuk belajar tinggi-tinggi duduk dapur juga sudahnya’. Pernahkan dengar
ayat remeh macam ini dan jadi bualan orang kampung? Aishhh...
Sebenarnya hal sebegini bergantung pada
diri masing-masing. Cuba jadi positif, pedulikanlah kata negatif. Mulut orang memang
kita tidak boleh ditutp. Bila sudah penat diamlah nanti. Memang hakikatnya
orang perempuan akan ke dapur juga, tetapi saiz dapur itulah yang akan
membezakan seseorang itu.
Fakta yang dapat kita lihat sekarang, perkembangan
dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia berkait rapat dengan kemajuan dan
perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri.
Contohnya seperti bangsa cina, tidak dapat dinafikan bahawa mereka mempunyai
ilmu yang tinggi dalam matematik. Dengan kebolehan mereka itulah yang
menjadikan bangsa cina maju dalam selok-belok perniagaan.
Dalam Islam juga ada memberi penekanan
terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu. Ini membuktikan bahawa Islam
adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.
Seperti sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:,
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim“.
(Riwayat
Ibnu Majah)
“Siapa yang berkehendakan dunia, dia mestilah
mempunyai ilmu. Sesiapa yang berkehendakan akhirat, dia mestilah mempunyai
ilmu. Siapa yang berkehendakan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu”.
(Riwayat
Muslim)
Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa
menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi
setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah:
- Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t dan masyarakat.
- Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.
- Manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi dengan sebaiknya-baiknya.
- Kepelbagaian ilmu dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.
Kesimpulannya, bagi mereka yang
mempunyai tujuan yang jelas untuk berjaya pasti tidak akan berasa lelah dalam
mencari ilmu.
No comments:
Post a Comment