Thursday, 3 December 2015

Sains Pemikran & Etika (SGDN 1043)











MASALAH PENGURUSAN MASA OLEH PELAJAR.

Masalah yang dihadapi oleh saya sebagai seorang pelajar adalah berkaitan dengan pengurusan masa. Tanpa masa cukup, saya gagal menyelesaikan sesuatu tugas dalam masa yang ditetapkan. Waktu tidur juga terganggu menyebabkan saya menjadi seorang yang lesu, tidak bermaya dan kurang berkeyakinan.


Bukan sahaja tugasan yang perlu diberi perhatian malah saya juga perlu kuasai banyak subjek untuk peperiksaan akhir dalam masa yang singkat untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Jadi, tanpa pengurusan masa yang berkesan saya tidak akan mampu menyiapkan segala tugasan  dan tidak mampu belajar sesuatu dengan baik.


TEORI PENGURUSAN MASA.

Pengurusan masa didefinisikan sebagai proses merancang, mengatur dan memperuntukkan masa bagi melaksanakan sesuatu tugas agar dapat membuahkan hasil yang berkualiti. Pengertian masa dari bahasa ialah waktu,zaman, saat dan detik. Dari segi istilah pula masa bermakna suatu waktu yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Setiap manusia mempunyai 24 jam sehari untuk melaksanakan semua tanggungjawab termasuklah solat, makan, tidur.
Pengurusan masa amatlah penting bagi seseorang dalam pelbagai aspek. Di dalam Al-quran juga ada menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

(Surah Al-Asr: Ayat 1 - 3)




CARA PENYELESAIAN.


Antara jalan penyelesaian yang boleh saya ambil untuk memastikan pengurusan masa saya dengan efisyen adalah:

  •  Jangan suka menagguhkan kerja.
  • Masa tidur yang cukup.
  • Mempunyai senarai tugas harian.
  • Hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan (fokus).
  • Memperuntukkan masa riadah dan bersenam.
  • Kurangkan aktiviti hiburan / jauhi perkara sia – sia.



Apa yang dapat saya simpulkan disini, pengurusan masa bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi dalam diri seseorang. Setiap individu berhadapan dengan pengabaian kepentingan masa sehingga memberi tekanan dan mendatangkan penyakit. Contohnya ganguan insomnia. Hanya dengan pengurusan masa yang berkesan barulah kita dapat memanfaatkan kehidupan dengan lebih baik dan sejahtera. Negara Jepun mislanya mempunyai budaya yang sangat mementingkan masa dalam kehidupan seharian mereka dengan sebab itulah mereka lebih maju dan berdaya saing. Oleh itu, setiap individu termasuklah saya perlu bijak membahagikan masa dengan baik terutamanya sebagai seorang mahasiswa yang medokong cita – cita dan harapan keluarga.





Wednesday, 25 November 2015

KEPENTINGAN ILMU DALAM KEHIDUPAN



Penting ke tidak??hmm, lets check it out!

Secara umumnya, ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Ilmu adalah harta yang kita miliki sampai bila-bila. Ilmu itu kita tuntut dari kecil sehingga kini. Dari tadika ke sekolah rendah, masuk pula sekolah menengah, sambung di peringkat diploma kemudian ijazah, master dan seterusnya jika menginginkannya. Malah, warga tua pun masih ada yang menyambung pelajaran. Senang cerita ilmu ni tidak akan putus selagi dituntut.

Faktor usia jadi penghalang ke? ‘Perempuan bujang sibuk belajar tinggi-tinggi duduk dapur juga sudahnya’. Pernahkan dengar ayat remeh macam ini dan jadi bualan orang kampung? Aishhh...

Sebenarnya hal sebegini bergantung pada diri masing-masing. Cuba jadi positif, pedulikanlah kata negatif. Mulut orang memang kita tidak boleh ditutp. Bila sudah penat diamlah nanti. Memang hakikatnya orang perempuan akan ke dapur juga, tetapi saiz dapur itulah yang akan membezakan seseorang itu.

Fakta yang dapat kita lihat sekarang, perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Contohnya seperti bangsa cina, tidak dapat dinafikan bahawa mereka mempunyai ilmu yang tinggi dalam matematik. Dengan kebolehan mereka itulah yang menjadikan bangsa cina maju dalam selok-belok perniagaan.

Dalam Islam juga ada memberi penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu. Ini membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Seperti sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:,

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim“.
(Riwayat Ibnu Majah)

“Siapa yang berkehendakan dunia, dia mestilah mempunyai ilmu. Sesiapa yang berkehendakan akhirat, dia mestilah mempunyai ilmu. Siapa yang berkehendakan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu”.
(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah:

  • Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t dan masyarakat.
  • Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.
  • Manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi dengan sebaiknya-baiknya.
  • Kepelbagaian ilmu dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

Kesimpulannya, bagi mereka yang mempunyai tujuan yang jelas untuk berjaya pasti tidak akan berasa lelah dalam mencari ilmu.