MASALAH
PENGURUSAN MASA OLEH PELAJAR.
Masalah yang dihadapi oleh saya sebagai seorang pelajar adalah berkaitan dengan
pengurusan masa. Tanpa masa cukup, saya gagal menyelesaikan sesuatu tugas dalam
masa yang ditetapkan. Waktu tidur juga terganggu menyebabkan saya menjadi
seorang yang lesu, tidak bermaya dan kurang berkeyakinan.
Bukan sahaja tugasan yang perlu diberi perhatian malah saya juga perlu kuasai banyak subjek untuk peperiksaan akhir dalam masa yang singkat untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Jadi, tanpa pengurusan masa yang berkesan saya tidak akan mampu menyiapkan segala tugasan dan tidak mampu belajar sesuatu dengan baik.
TEORI
PENGURUSAN MASA.
Pengurusan masa didefinisikan sebagai proses
merancang, mengatur dan memperuntukkan masa bagi melaksanakan sesuatu tugas
agar dapat membuahkan hasil yang berkualiti. Pengertian masa dari bahasa ialah
waktu,zaman, saat dan detik. Dari segi istilah pula masa bermakna suatu waktu
yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Setiap manusia mempunyai
24 jam sehari untuk melaksanakan semua tanggungjawab termasuklah solat, makan,
tidur.
Pengurusan masa amatlah penting bagi seseorang
dalam pelbagai aspek. Di dalam Al-quran juga ada menyentuh tentang pentingnya
mengurus masa. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam
kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan
dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
(Surah Al-Asr: Ayat 1 - 3)
CARA PENYELESAIAN.
Antara jalan penyelesaian yang boleh saya ambil untuk memastikan pengurusan
masa saya dengan efisyen adalah:
- Jangan suka menagguhkan kerja.
- Masa tidur yang cukup.
- Mempunyai senarai tugas harian.
- Hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan (fokus).
- Memperuntukkan masa riadah dan bersenam.
- Kurangkan aktiviti hiburan / jauhi perkara sia – sia.
Apa yang dapat saya
simpulkan disini, pengurusan masa bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan
komitmen dan disiplin yang tinggi dalam diri seseorang. Setiap individu
berhadapan dengan pengabaian kepentingan masa sehingga memberi tekanan dan
mendatangkan penyakit. Contohnya ganguan insomnia. Hanya dengan pengurusan masa
yang berkesan barulah kita dapat memanfaatkan kehidupan dengan lebih baik dan
sejahtera. Negara Jepun mislanya mempunyai budaya yang sangat mementingkan masa
dalam kehidupan seharian mereka dengan sebab itulah mereka lebih maju dan
berdaya saing. Oleh itu, setiap individu termasuklah saya perlu bijak
membahagikan masa dengan baik terutamanya sebagai seorang mahasiswa yang
medokong cita – cita dan harapan keluarga.